Monday, July 5, 2010

Penangan kata-kata mama

Kopipes dari belog lama yang dah lupa email apa dan kata laluan apa. haih!
...
Minggu lepas balik rumah lagi satu. jumpa mama kandung. sangat teruja. serius sangat teruja. paling best bila dapat makan masakan yang mama masak. entah kenapa sangat sedap. ada masak lemak telur itik. ada sambal tumis terung. ada ikan goreng kerisi. eh cop! ye ke ikan kerisi ? haha ye kot. haaa ada jugak sambal belacan.
...
Mama masak sangat simple. dia campak campak je semua benda dalam kuali lepas tu tadaaa dah siap. wah sebut tadaaa! memang senang ke apa natrah? memang la kena geleng kepala sebab i memang tak tau masak. masa tengah sebok campak entah apa kat dalam kuali tu mama sempat cakap "nana kena tau masak kalau tak nanti kawin macam mana.. perempuan belajar tinggi mana pun tapi kalau tak tau masak memang la out"
...
yess mama sebut o.u.t. out! terkesima sekejap -__-
...
Lepas kena penangan o.u.t yang mama cakap tu sekarang i terus berazam nak belajar masak. terus je belayar mencari resipi. sebut belayar nampak macam hebat je kan. haha. melayari internet untuk cari resipi.. benda pertama yang aku cari mesti la resipi lasagna. wah! banyaknya yang keluar. berderet-deret sampai rasa nak pitam sebab pening pikir resipi mana yang kalau i masak kalau teman lelaki rasa je dia terus nak ajak i kawin. yess yess tu la dia. sila gelak kuat kuat.

3 comments:

  1. hahahha ni sebab baru pas mkn lasagna smlm ke apa ni???
    comel!
    xpe aku p0n x reti masak weyh.. ada geng!

    ReplyDelete
  2. lepas ni sama2 belajar masak mahu bagi sang jejaka yang disukai rasa air tangan :)

    ReplyDelete
  3. x bley ke jirus je air kt tgn then bg dia minum?
    same x? hahahaha!

    ReplyDelete