Thursday, December 1, 2011

Oh bestnya tidur kalau macam ni...

Dari dulu selalu berangan, kalau dah banyak duit i nak design and decorate bilik i cantik-cantik. Tapi sebab duit tak banyak-banyak sampai sekarang, i mampu mimpi je la. Tengok la siapa yang "beruntung" nak kena paw dengan i tu. Kalau orang lain nak hantaran kawin sebijik banglo, i nak hantaran kawin cuma sebijik bilik. Tak melampau kan ?

I have always wanted to have a blue blue room. Yeah you have to say it twice. Blue blue. So kat sini ada calon-calon bilik yang cantik gila di mata i. Siapa-siapa sudi bagi anggap je la i sudi kawin dengan orang tu.

Here we go...














Source: Google

So macam mana? Cantik kan? Adorable gila semua bilik ni. Nak satu please.

Monday, November 28, 2011

Dua dunia

Satu dekat Sabah, satu lagi dekat Sarawak. Dua-dua memang macam dah tak suka duduk Semenanjung ke apa ni. Tapi yang kat Sabah tu sila bersyukur sebab you masih kat darat. Bukan macam i yang kat laut ni kalau tension stress macam mana pun, memang tak boleh nak buat apa. Terjun laut boleh la. Tsk.

Lepas tu dah sampai Sabah takut nak bagi tau yang you tertinggal broadband dalam kereta sebelum pergi haritu. Tu la lain kali nak pegi stesyen LRT tu sila naik kereta sendiri, jangan tumpang kereta i ye gemok. So takde la u lupa. Lepas tu gedik pi beli broadband baru semata-mata nak guna seminggu ni je. Haih mengadanya! Malu la tu sebab sampai kena halau lepak kat Starbucks lama-lama sebab nak online. Boo!

Oopss sorry terboo. Weeee.



Sunday, September 25, 2011

OHH!

 RED LIPS.

WHITE TEETH.

These two points fit well the non-smokers. Yeah! Until last night. 
Thanks to you. You proved that I was wrong.
Bravo!

Friday, September 9, 2011

New

Yeah. New look. I felt that the old one was too gloomy. I don't want the gloominess stays any longer. And two weeks being here, in the middle of the see made me clear of something. I need to be a different person. Most importantly, I learned how to say NO to unnecessary stuffs. Thanks to Robin Sharma.

Monday, September 5, 2011

Dia johan

Ada orang tanya aku ada suka siapa-siapa ke sekarang? Aku tanya balik suka yang macam mana. Dia cakap suka yang macam kau boleh nak ajak dia kawin atau kalau dia ajak kau kawin maka kau akan angguk laju-laju. Haih aku ingat kalau balik beraya kat kampung je ada orang tanya macam tu. Dah kat tengah laut ni pun tak dapat lari rupanya. Baru aku sedar rupanya ni la benda yang tak bagus pasal teknologi. Dah la tak dapat beraya. Memang beli satu percuma satu.

Macam mana ye nak cakap. Takkan la nak pegi pinang anak teruna orang kalau ye pun i suka siapa-siapa. Memang tak ada hukum kata tak boleh. Tapi aku belum nak muka terpampang depan Metro. Kisah kawan-kawan pulak banyak yang mendung menanti hujan akhir-akhir ni. Yang dah hujan pun ada. Haihh macam mana lah! Ada susah, takde pun susah.

Tapi paling kusut bila kau tak tau sebenarnya kau ada ke takde. Sebab kau tak tau kau siapa pada orang tu. Siapa tau dia mungkin johan tarik tali zaman sekolah dulu. Huhu.

Friday, August 19, 2011

;)






You say it best, when you say nothing at all









.

Kau

Baru aku sedar hidup tanpa kau sesungguhnya membahagiakan. Amat membahagiakan sebenarnya. Kau suka bila aku tiada sama dengan aku suka bila kau tiada. Persamaan ini memang sudah betul. Tapi kalau ingin tepat lagi aku punya perasaan itu wajib dikuasainfinitikan. Kau belajar matematik kan. Aku rasa kau tahu infiniti tu apa. Tapi tak guna rasa marah dalam hati aku ni. Benda yang tuhan cipta dari api tu yang ketawa gembira. Aku tidak mahu itu. Maka aku doakan kebahagiaan kau. Aku doakan kau dapat apa yang kau sangat sangat mahukan selama ni kalau itu yang mampu membahagiakan kau. Jangan cari aku lagi sebab aku tak pernah perlukan kau dalam hidup aku. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Terima kasih ya Allah.

Monday, August 8, 2011

Dia datang

Bukan senang. Dah lama rasa tu tak ada dalam hati. Dah lama dia pergi. Tiba-tiba dia datang kembali. Rasa itu. Sebelum ini aku cuba melarikan diri. Cuba untuk menafikan apa yang aku rasa. Tapi sungguh sukar untuk dinafikan lagi. Aku tak dapat melarikan diri lagi.

Apa dia atau siapa dia ?

Aku mungkin berharap kepada persoalan siapa dia tapi sesungguhnya bukan itu.

Tuesday, June 7, 2011

Malas

Sejujurnya memang dah tak ada mood nak ke menara berkembar setiap hari!

Tuesday, May 17, 2011

Not to be rude but ...

PLEASE do not waste your time checking my blog because I have no feeling to write anything about you.

Sunday, May 1, 2011

You are back!

A smiley popped up on the communicator!

You made my day.

Wednesday, April 20, 2011

Tepuk tangan cepat

Kamu kamu dah boleh baca balik yay!

Thursday, January 20, 2011

Lelaki sila lari jumpa perempuan begini

Tengah i sibuk membelek-belek blog si gadis cantik, Vivy Sofinas i terjumpa link ke satu laman web yang super cool. Nak tau kenapa i cakap super cool sebab dia cakap begini..
.
.
Make your handbag HAPPY. Find its matching wallet.
.
.
Padahal dah dari dua tiga minggu lepas i rasa nak beli wallet baru. I rasa wallet yang sekarang ni macam dah lama pakai dah ketinggalan zaman semualah. Pastu warna dia tak sepadan dengan bra oops maksud i dengan handbag yang i kendong ke hulu hilir sekarang. Tapi sebab i dah shopping gila-gila tak ingat dunia macam i ni kononnya anak saudagar kain sutera dan cucu tauke balak, maka i terus pujuk hati konon wallet sekarang masih cantik dan dalam kondisi yang bagus. PADAN MUKA KAU!
.
Inilah padahnya bila tempat kerja dengan tempat membeli belah adalah sama. Maksudnya tempat mencari duit dan tempat membuang duit adalah satu koordinat ye kawan-kawan. Memang sangat menyampah. Nak atau tak, terpaksa atau rela, memang balik kerja tetap akan pegang jugak beg-beg plastik takpun kalau beli yang mahal sikit tu dapat la beg-beg kertas yang berisi baju dan seluar baru. GRRR!
.
Tapi sebab disaat i menulis ni, i berada di tengah lautan yang sungguh mendamaikan cewah! Maka i terus bertekad dalam hati balik ke daratan ni i mesti pergi beli wallet baru. Kalau tak buat diri sendiri happy, sekurang-kurangnya i akan buat handbag i happy. Kan ?

Tuesday, January 18, 2011

Super relieving

"Kan kura-kura yang menang, arnab kalah. So don't worry."
.
Thanks dodot gendut sayang. Terus rasa macam takpe you kasi i pokai pun. ILYSM!
.
Terus rasa nak gigih berusaha. :)

Sunday, January 16, 2011

Buang tebiat

Senarai lagu-lagu yang i dengar berulang kali akhir-akhir ni. Nah!

1. Sayang sayang - Aliff Aziz
2. Lagu untukmu - Meet Uncle Hussain
3. Mimpi yang tak sudah - Ibnor Riza
4. Ai ai twist - P Ramlee

Iye i tau senarai lagu ni memang tak boleh blah. I berani pegi lamar jejaka kesukaan kalau ada yang tau especially lagu no. 4 tu. Sebab i tau maka i tepuk tangan kuat-kuat untuk diri sendiri wehee.

Tuesday, January 11, 2011

Lesson learnt

Lepas ni jangan pandai-pandai nak bergurau dah Natrah! Kau tak ada bakat langsung nak jadi penggurau pelawak pembadut semua tu. Kau tak cukup ilmu lagi. Sekarang sila sedar yang kalau kau letak diri kau dalam kasut kawan-kawan kau tu pun, kau akan rasa benda yang sama.

Wednesday, January 5, 2011

Gelato


"Hi aiskrim masam"
11:11:54 pm
.
.
.
Macam mana perasaan kalau bangun di pagi hari lepas tu dapat pesanan yang macam di atas ni ? Haih! I terus gonyoh-gonyoh mata baca dua tiga kali. Mula-mula rasa nak marah. Tapi tak jadi. I baca lagi sekali pesanan tu. Terus i gelak besar. WAKAKA!
.
Ni mesti kes tak puas hati i paksa beliau habiskan aiskrim masam tu. Hish dah sebulan baru nak balas dendam. Terus i teringat masa tu si pengirim pesanan buat muka kesian mintak simpati konon jangan paksa beliau habiskan aiskrim tu. Memang tak dapat la kan! Lepas tu buat muka comel pulak suruh i sama-sama habiskan. Tapi cubaan kedua pun gagal sebab beliau terlebih comel i rasa. I pun apa lagi terus laju-laju buat muka garang sambil cakap "Siapa pilih benda sedap tu dia kena la habiskan!"
.

Budak "baik"

.

Tapi sebab beliau budak "baik", tengah i syok makan aiskrim pilihan hati yang memang yummy tu beliau pegi gaul2 dengan aiskrim masam kepunyaan beliau. I tak sempat buat apa-apa untuk selamatkan aiskrim i. GRRR! Menyesal sungguh berkongsi bekas aiskrim dengan budak "baik".
.
Hoi! PENIPU punya orang. Menyesal berkongsi konon. Tampar kang tau la!
Sebenarnya kau nak cakap yang kau menyesal tak sudah bila pesanan 11:11:54 pm ni sampai masa kau tengah enak beradu kan . Betul tak Natrah ?? Haa ni baru betul mintak penampar namanya.

Tuesday, January 4, 2011

Undeniable

Potato LOVES Battery