Thursday, November 25, 2010

Am I Demanding?

Perbualan ni dengan sorang kawan i, Pak cu (bukan nama sebenar) dua hari lepas kalau tak silap. I panggil dia Pak cu sebab dia suka kat kawan baik i yang merupakan anak bongsu. Iye i tau memang ayat i memang skema siap ada merupakan, so what ? HUHU. Cik cu, u jangan marah tau sebab i dengan orang tertentu je tau you sape. WEE~
.
I kopipes je semua. No editing sebab memang takde masa, sibuk turun naik rig floor cari minyak untuk negara ok dah poyo gila ayat kau Natrah! Tapi ada masa pulak nak edit part nama tu. AHAHA!

***

Pak cu: camnie la nat.
Pak cu: tape2
Pak cu: fine la ... kite clash ...
.
Me: alaaa
Me: jgn la cmtu
Me: sedih i
Me: semua org nak buat i mcm ni
.
Pak cu: buat ape ek ?
Pak cu: clash ?
Pak cu: wahahahhahaha
.
Me: ye laaa
Me: semua nak clash sejak i gi laut
Me: kecik ati
Me: :'(
.
Pak cu: ahahahah ... semua ? ramainyer bf u ... =_=! ...
.
Me: yg dtg semua yg i mmg taknak
Me: so takpe laa clash
Me: ahaha
.
Pak cu: =_=!
Pak cu: demanding!
Pak cu: tp..... u mmg bole demand pun
Pak cu: coz tgk la ... u keje kat mane
Pak cu: u blaja kat mane
Pak cu: family u mcm mane
Pak cu: diri u mcm mane
Pak cu: so i think its okay for u to demand ...
.
Me: ehhhh
Me: mcm tu pulak
Me: honestly as my friend u nampak i mcm mana ?
Me: u can just say it.. i open..
Me: i nampak demand ke ?
.
Pak cu: who am i to judge u ...
Pak cu: huhu
.
Me: its not judging laa
Me: its an honest opinion from a friend what..
.
Pak cu: pada pendapatan sy yg xkeje lg nie ... sy merasekan ... bahawasanyer ... (iye dia mmg ckp pendapatan! i je yang tau kenapa haha. kan pakcu kan?)
Pak cu: 1. tegas
Pak cu: 2. komited
Pak cu: 3. kekdg xdpt agak ape yg u pikirkan
.
***
.
Adoi lawak la u. Jawapan tak menepati kehendak soalan langsung. I fail kan u tau laa. Entah apa kaitan tegas komited tu dengan i yang u kata demanding. Cubit tau la.. GRR!
.
Btw, for your info my friend, i bukan nak cari yang poket tebal duit berkepuk-kepuk hensem muka kalah Remy Ishak ke apa. Ok fine sila cebik muka sape yang cakap Remy tak hensem tapi dia hensem di mata i.
.
Asalkan dia boleh buat i happy tu dah cukup. Iye tu je i tak tipu. Satu bonus la kalau dia tu bijak bestari boleh ajar anak-anak fizik, kimia, add math segala bagai. Tapi kalau dia tak pandai semua tu pun bukan satu yang masalah besar untuk i. Nak tau kenapa ? Sebab mungkin dia seorang LAWYER. Apa jadahnya lawyer nak belajar fizik, kimia, add math semua tu kan. Taknak mengalah nak lawyer je mesti korang cakap macam tu kan. Just to flatter myself anyway huhu.
.
So siapa-siapa yang rasa boleh buat i happy, sila pinang i cepat. Penyertaan dibuka 24jam bermula dari sekarang. HAHA!

Friday, November 19, 2010

It's a fact

Finding a true love is more challenging than finding oil and gas (Natrah, 2010)

Thursday, November 18, 2010

All the best, Natrah!

AWAY. INVISIBLE.
.
These two i have to do.
I'll do what i can do best.
The fact that he's so glued to my heart hurts me very deeply.
I know i'm so gonna miss the smell. And the smile.
Urghh!! Da da doo doo just dance ~
.
-end-

Monday, November 15, 2010

Self-obsessed ?

Gila lah kena buat macam ni memang rasa nak kopipes je apa yang ada kat belog awek ni. Mesti pelik kan i merepek pasal apa? Macam ni tu macam kalau orang suruh kau bogelkan diri kau mau kaa ? Mesti tak mau kan ? Tapi awek ni punya pasal, i tengah buat-buat busy kat lautan ni pun gagahkan diri jugak. Yeah dia kata " Alaaa, you tulis je lah apa-apa, senang kot self-obsessed answers je". Wehh, baru sedar nak mengata diri sendiri lebih susah daripada nak mengata orang lain. Kalau orang lain tu laju je berdas-das boleh kasi. HUHU.

Nah! Ni dia text merah yang i baca kat belog awek ni.

Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

Ok, here we go!

1. I sangat suka warna biru sampai kalau boleh nak pakai pemerah pipi warna biru. Ahh gila annoying cakap pemerah pipi. Mulai sekarang nak cakap pakai pembiru pipi. -__-

2. Tak tau memasak. Gila kesian sape kawin dengan i sebab i memang tak pandai.

3. I love travelling so much! I once planned to have a saving account just for travelling. And i think i can now start saving.

4. I sangat amat boros. Yeah bajet kerja cop duit takpun duit turun dari langit so boleh belanja sesuka hati sekian terima kasih.

5. Cepat buat muka. Kalau i marah orang tau i marah. Kalau i benci orang tu confirm dia boleh tau i benci. Kalau i jealous pun orang boleh nampak. Gila loser! I paling benci yang ni.

6. I takut segala jenis binatang. Kalau dah kucing pun takut so paham la ye i takut tu macam mana huhu.

7. Suka aktiviti luar pintu. Apa tu orang putih panggil? Outdoor kot. Eh lepak pun kira aktiviti luar pintu kan ? hehe.

8. I underweight. Orang selalu bising "Nak kurus macam kau la Nat". Memang rasa nak belasah je orang tu. Eh HELL-oooo nak perli i ke apa.

9. I am not a sportperson. Diulang sekali lagi. I AM NOT A SPORTPERSON. Well i play just for fun. So tak payah buat muka pening tak tau nak kira mata macam mana bila main dengan i ye.

10. I sayang mama n papa. Iye i tau semua orang sayang mak ayah mereka. Tapi i sangat sayang mama n papa i . Iye iye i tau semua orang pun sangat sayang mak ayah mereka. Ok fine.

11. Miracle by Lancome and Envy Me by Gucci. Ni dua perfume kegemaran i dari dalam perut mak lagi. Sila kasi ini sebagai hadiah hari jadi.

12. Sangat suka minum susu dan sangat cintakan keju.

13. Tak tau kenapa lelaki yang pandai main gitar n pandai melukis memang mampu mencairkan hati i.

14. Setia. Orang yang rapat dengan i tau i punya setia macam mana. Tapi sekarang dah mula belajar untuk tak setia huhu. Setia tu satu benda yang gilaa!

15. Penah kena rotan dengan papa masa kecik sebab degil sangat. Banyak kali okay. Huhu.

16. Kalau i sayang orang tu i selalu bagi je apa yang orang tu nak and i takkan berkira langsung. Tak caya boleh tanya adik-adik i, kawan-kawan yang rapat dengan i takpun ex-boyfriend i yang loser tu.

17. I suka nyanyi walaupun suara tak sedap. Kalau suara sedap baru boleh nyanyi buat album la kak oiiii. Kawan-kawan rapat yang ada daya ketahanan kesumbangan yang tinggi je boleh dengar suara i haha.

18. I tak kuat manis @ masin. Sangat tak suka. Orang kata kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman kan ? Tapi i kurang dalam dua-dua i rasa.

19. I tak tahan sejuk. Tak suka sejuk. I cuma suka sejuk bila si dia merangkap si heater i ada sama. Hohoi gatal sungguh bunyinya.
.
20. I suka nombor tujuh.
.
21. I love being a geologist. It's not just about the money but really i enjoy it so much.
.
22. I want an engineer so badly since i was in secondary school solely because my children can have their own add math and physic teacher at home.
.
23. Kan bagus kalau kat porch i nanti ada Lancer and Mini Cooper haha.
.
24. White roses please ~
.
25. I love him. Yes him. Urghh!
.
Ahhh lega siap benda ni. Anything for you lah my dear Rena haha. Nak tag sape eh ? 25 pulak tu.
Sarah, Mai, Aida, Wawa, and Rena of cosssss. Lagi 20 orang tu nanti i pikir bila dah balik darat huhu.

Monday, November 8, 2010

Urghh!

I tau you tau.

Saturday, November 6, 2010

Tanpamu

Balik dari bejimba dengan rakan-rakan tadi dengar lagu yang dah lama sangat tak dengar kat radio. Lagu tu macam sangat kena dengan i sekarang. Sampai je kat rumah terus cari kat You Tube. Lepas tu terus pegi kat 4shared.com sebab nak muat turun. I menulis sekarang pun sambil dengar lagu ni. Back to back okay. Kalaulah i ada keberanian. Nak menjerit pun ada sebab rasa diri sendiri memang penakut. Rasa nak marah jugak sebab tak berani nak luahkan apa yang ada dalam hati.
.
.
TANPAMU - Farawahida
.
Terasa indah bila cinta telah bertamu
Terasa syahdu bila hati telah bersatu
Tak dapat ku mungkiri
Apa yang ku rasakan
Di saat-saat kita bersama
.
Kau damaikan diri ini
Sejukkan dasar jiwaku
Tenangkan resah hatiku
Tanpamu ku rasa
Suramnya tanpa cinta
Oh..tanpamu kurasa
Resah dan gelisah
.
Terasa bosan bila ku harus sendiri
Terasa bosan jika ku terus begini
Tak dapat ku mungkiri
Sepi tanpamu kasih
.
Resahnya tanpa cintamu kasih
Kau damaikan diri ini
Sejukkan dasar jiwaku
Tenangkan resah hatiku
Tanpamu ku rasa
.
Suramnya tanpa cinta
Oh tanpamu kurasa
Resah dan gelisah
.
.


Angin... please.

Saturday, October 30, 2010

I love weekends

Rasa best gila bangun tido hari dah terang benderang dan matahari tegak atas kepala. Rasa puas hati sangat-sangat. Perasaan tu sama macam dapat balas dendam kat orang yang penah buli kita. Macam kalau i dapat baling telur busuk kat orang yang penah baling batu kat i hah macam tu lah lebih kurang. Dapat rasa tak apa yang i rasa ? Kalau tak dapat jugak sila pergi kerja tiap-tiap hari pukul 6.30 pagi masa hari tengah sejuk berembun di kala orang lain tengah sedap kena peluk dengan selimut dan bercium dengan bantal busuk. Menyampah pulak rasa kena bagi diskripsi yang menyayat hati macam ni. Dah i nak sambung baling telur busuk. Bye.


Baling telur busuk yes!


Wednesday, October 27, 2010

3.12 am

Angin, tolong sampaikan rinduku ini padanya.

Saturday, October 23, 2010

Uwaa!

Banyak gila entri tak siap2. Buat separuh jalan je. Penat gila kerja. Pegi gelap balik pun gelap. Rindu gila zaman menganggur.

Wednesday, October 20, 2010

Indeed

I hate that i love you.

Monday, October 11, 2010

Jejaka No More?

Lepas kena sound asyik ada jejaka tak sudah-sudah dalam setiap entri akhir-akhir ni maka dengan ini saya mengharamkan diri dari menaip perkataan jejaka oops tertaip tapi tak apa ini yang terakhir untuk 10 entri yang mendatang.
Maka harus cepat-cepat siapkan 10 entri supaya terlepas dari pengharaman kejam ni. Entri ni dah kira 1 kan ? *wink*

Hai Obat

Pahit gila. Tak suka tak suka tak suka! Kenapa tak ada pharmacist nak cipta ubat sedap-sedap rasa strawberry ke rasa keju ke rasa vanilla ke. Sekarang ni i makan apa pun rasa pahit. Ni semua ubat punya pasal. Bila la nak ada ubat sedap dalam dunia ni ? Jenuh tiap kali nak telan. I rasa ada satu cara je nak buat ubat jadi sedap ? Cepat teka macam mana. Tengok sama tak dengan skema jawapan yang i sedia. Nah ni jawapan i . Semua ubat boleh jadi sedap kalau jejaka kesayangan yang tolong suapkan. Yes i tau bab menggatal i nombor satu.

Sunday, October 10, 2010

Memang TAK La!

Dulu-dulu selalu borak dengan Sarah pasal jejaka idaman. Mesti nak yang kacak, bijak, baik semua lah. Ok tipu kalau cakap dulu-dulu je sebab sampai sekarang pun kalau jumpa mesti bab ni tak boleh miss punya lahh. Macam kalau makan laksa tapi tak cukup masam. Well i would definitely say yes. Memang kalau boleh nak yang kacak, bijak, baik bla bla bla. Tapi jejaka yang seorang ni dia paling i cinta sekarang dan tak perlu ada pun semua tu untuk i cinta. Cop! Cinta macam sangat melebih-lebih la pulak. Ok fine dia jejaka yang i paling sangat amat suka sekarang. Ada orang suruh i pegi buat pengakuan je kat sang jejaka. Dia cakap tak cuba tak tau. Yeah memang betul tak cuba tak tau tapi kalau dah cuba dah tau lepas tu apa. HAH! Tu yang i tak sanggup. Tak sanggup untuk tau apa akan jadi lepas tu. Lagipun i takkan buat benda yang i rasa tak berbaloi. Dia belum cukup berbaloi untuk i pegi meluahkan perasaan. Saat i menulis entri ni memang ada rasa nak tampar kawan i tu. Ada ke patut gadis ayu macam i pegi meluahkan perasaan. Hishh!

Monday, October 4, 2010

Say NO to PIPE

Rasa gian sangat nak menulis tapi memang tak ada masa langsung. Benda alah PIPE ni lama sangat la. Banyak benda yang buat i tak sabar nak habis.
...
Satu sebab graduasi kali kedua dalam kehidupan dan mungkin yang terakhir sebab i tak rasa nak berpeluk cium dengan buku lagi. I mau peluk cium jejaka kesayangan sahaja lepas ni. Ok sila cepat kawin! Btw I sangat teruja sampaikan dah siap awal-awal beli baju lip lap lip lap untuk bergraduasi sebelum datang PIPE lagi.
...
Dua sebab i nak menulis dengan tenang macam dulu-dulu. I memang bukan penulis tahap dewa yang kalau tak dapat menulis tu boleh sampai demam tumbuh jerawat semua. Tapi jujur i cakap i dah mula rasa gian bila tak dapat mengomel kat sini.
...
Tiga sebab i rindu lepak-lepak. Melepak secara berleluasa ketika mengganggur memang seronok. Dah la ekonomi merudum tapi semangat bersukan eh semangat berjalan tu tetap ada. I mesti rindu semua tu nanti.
...
Empat nak tido atas katil sendiri. Dah rasa rindu amat sangat kat bantal busuk selimut busuk. Tak sama langsung dengan katil yang i dah tido 4 malam ni. Adoi bila mengenangkan i harus bagi katil ni membelai tubuh i lagi 10 malam memang amat merunsingkan.
...
Cepat la habis.

Tuesday, September 28, 2010

All In One

Sangat teruja nak menulis pengalaman semalam. Ada macam-macam. Medical check up. Sunway Lagoon. Williams. Yeah pasal tiga benda ni. Macam-macam perasaan ada. Gembira. Teruja. Senang. Tenang. Marah. Bengang. Sedih. Dapat rasa semua dalam satu hari memang buat i demam. Huhu.
...
Tapi sebab cari surat beranak tak jumpa-jumpa sampai sekarang maka tangguhkan dulu niat tu. Ni pun i curi-curi masa sikit nak melepaskan gian menulis.
...
Kalau tak sebab Petronas mintak salinan surat beranak yang disahkan sampai mati pun i tak tau surat beranak i tu untuk apa. Eh bukan dah ada kad pengenalan ke buat apa nak surat beranak lagi. Bilik pulak macam sarang tikus cari surat beranak sampai pengsan pun tak jumpa.
...
Dah. I nak sambung kerja pencarian surat beranak. Bye!

Saturday, September 25, 2010

Cemburu Punya Pasal

Tiap kali i pegi buat lawatan sosial ke belog milik si dodot gendut, maka tiap kali jugak perasaan hasad dengki tu membuak-buak. Eh kenapa template dia nampak sangat menggoda di mata i. Ahh kenapa i pilih template kiut miut tu untuk dia??? Maka tanpa rasa segan silu i terus tukar template yang sama. Alaaa takkan dengan i pun you nak berkira kan. I memang cinta polka dot lah. Amat cinta. Bukan sebab i nak tiru you ke apa. Sebab i cuma pandai meniru dalam peperiksaan je. Sumpah tak tipu -___-

Friday, September 24, 2010

Terima Kasih Cinta

Rasa bersyukur sangat sebab tak lama lagi i bakal mengakhiri zaman bujang oh la la memang tipu! Cis memang sangat teruja ke apa kalau dapat bagitau orang lain yang i akan mangakhiri zaman bujang. Oh tidak! Perasaan ni mungkin lebih gembira dari mengakhiri zaman bujang yang seerti dengan bangun pagi buat sarapan untuk suami, basuh baju suami, gosok baju untuk suami. Haha basuh baju sendiri pun tak lepas ada hati nak basuh baju orang lain? Memang tak la weh!
...
Lama gila kot i menganggur. Berbulan bulan bulan bulan bulan bulan bulan. Hahah cuba kira ada berapa kat situ. Memang lama la kan. Kalau lepas habis buat master i terus kawin lepas tu bunting pelamin pun memang baby super duper comel dalam perut i ni dah meronta-ronta nak keluar. Wuhooo! Sempat ada baby okayy!
...
Bila i pikir-pikir balik mak aih lama betul belajar baru sekarang boleh mula kerja. Ingat lagi i masuk Abim masa umur 5 tahun sampai la umur 24 tahun baru i habis buat Master. Wohooo dekat 20 tahun belajar gila ahh! Ramai sangat yang telah berjasa dalam hidup i. Kecintaans sekalian; mama, papa, atok, mabangi, abah, adik-adik, makciks pakciks yang dah terlalu banyak berjasa. Terlalu banyak sampai i tak mampu nak tulis kat sini. Insan-insan yang buat i kenal ABC 123 mula kat Abim, Tadika, SK Sg Burong, SK Sg Binjai, SMK Meru, SMK Jalan 3, Matrikulasi Melaka, UKM sampai la kat UTP yang buat i tau petroleum tu apa di mana bagaimana semua lah. Terima kasih yang tak terhingga untuk kalian.
...
Apa-apa pun i nak terima kasih banyak-banyak kat Petronas yang dah kasi duit untuk i belajar dan sekarang kasi i kerja pulak. Walaupun i hampir putus asa dan buat keputusan nak sambung belajar lagi sebab lama sangat menunggu. Mesti orang-orang kat menara kembar dua tu pun meluat fedap menyampah semua lah sebab i buat panggilan tiap saat dan ketika untuk tanya bila i boleh mula kerja. Maka i nak selit nama seorang jejaka kacak, Fadhli Hilmy yang sama ada secara langsung atau tidak telah membuat orang-orang kat menara kembar dua tu lega sebab dah tiada perempuan gila nak meroyan buat panggilan setiap hari. Terima kasih!
...
Terima kasih untuk semua kawan-kawan kesayangans yang kasi warna warni dalam kehidupan i selama ni. Yang penah sama-sama kongsi duit nak sewa kereta semata-mata nak pegi jalan-jalan, yang kongsi makan megi lewat malam konon-konon nak menelaah sama-sama, yang penah hantar ubat dekat depan bilik sebab i demam, yang penah tolong sign attendance sebab i ponteng, yang penah segala-galanya lah memang tak mampu nak tulis. Sayang kamu semua!
...
Yang paling penting hari-hari i mesti sunyi tanpa bebelan kakak tiri hahah you tau siapa you! I sayang you jugak!

Friday, September 17, 2010

I Rasa You Tipu Lah!

Perbualan dengan seorang kawan secara maya beberapa hari lepas

***

kawan: u rasa2 u kenal i tak ?
me: oh soalan senang macam kacang. TAK.
kawan: haha. ingat u cakap senang tu nak cakap YA.
me: senang bukan mesti kena cakap ya. kan ?
kawan: hehehe. ok.
me: kenal sikit2 la. baru je kenal kot.
kawan: i kalau dah rasa boleh rapat i analisis orang tu.
me: oh
kawan: orang macam u ni jenis detail, and susah nak dekat dgn u, and susah nak dapat ur attention.
me: huh ???

***

Memang i tak kenal diri sendiri ke apa ni. Tak pernah tau pun tiga benda yang dia sebutkan tu.

Thursday, September 16, 2010

Sad Ending

I tekan nombor you banyak kali dengan rasa teruja rasa rindu nak dengar suara. Tapi paling mencabar sekali bila tiba sesi menekan butang hijau. Akhirnya i pilih butang merah sebab rasa jari belum bersedia nak cium butang hijau. Mungkin sebab i rasa eh tak payah la nak buat panggilan macam mengada sangat apa kata i guna je sistem pesanan ringkas . Konon kalau hantar guna sistem pesanan ringkas tak adalah terang lagi bersuluh i rindu you ke apa. Oh pemalu juga i ni rupanya. Taip punya taip bila sampai je sesi menekan butang hantar, wajib i pikir tujuh juta kali. Memang suratan takdir ke apa, pikir punya pikir i pun buat keputusan untuk menghantar pesanan hati tu kat you. Wehee! Dah hantar.

Hoi tipu ke apa ingat sentiasa ada happy ending ke. Ok fine i tipu memang sad ending sebab i tak hantar pun pesanan hati kepada kesayangan. Yes i tau i buang masa taip pesanan ringkas yang tak berapa nak ringkas tu. Tapi jujur lah i cakap i memang tak ada kekuatan. Weh! Gelabah gila cakap macam tu. Tapi nak buat macam mana ini apa yang i rasa.

I rindu you. Dah tu je. Tata.


Saturday, September 11, 2010

Raya Terakhir I SINGLE !

Memang i dalam mood serius dan teruja masa buat entri ni. Mana mungkin tak serius bila 2010 raya terakhir i single. I kena hargai kehidupan single i yang tinggal sedikit ni. Berdebar-debar rasa hati. Oh hati! Semata-mata nak bagitau raya tahun ni i ambil bahagian buat ketupat palas maka terus rasa tahun depan akan ada jurutera kacak datang sunting i sebagai isteri. Hahah.

Sebagai pembuat ketupat palas yang menawan, i nak kongsi cara-cara buat makanan sedap ni. Bagi i memang bagus kalau gadis-gadis mahupun jejaka-jejaka tahu buat ketupat palas ni. Nak tau sebab apa ? Selain boleh tolong mak-mak kita yang sibuk masak rendang kat dapur, tak adalah malam raya kita asyik menonton drama air mata Fauziah Nawi je. Orang dulu-dulu cakap siapa pandai buat ketupat palas, nanti kawin dengan orang cantik jelita kacak kaya baik budi bahasa okay i tipu lagi.

Nah! ni dia resipi Ketupat Palas :

Bahan-bahan:
Beras pulut (bersama santan)
Kacang
Daun palas

Cara-cara:
Kukus beras pulut separuh masak.
Kukus kali kedua dengan santan dan garam.
Dah. Senang kan. Part yang macam susah sikit bila nak belit daun palas tu je. Nak bagi tutorial pun susah. Pegi tanya mak masing-masing ye. Huhu.
SELAMAT MENCUBA!




Daun palas.



Kacang apa tah ni. Huhu.




Beras pulut.



Tadaa! Ni dia ketupat palas yang i buat. Comel macam sang tuan.

I sempat buat dalam 15 biji je rasanya. Lepas tu i dapat panggilan kecemasan selama hampir dua jam di malam raya. Apa-apa pun kepada sang pemanggil merangkap calon ke-11 bakal teman lelaki (okay i saja-saja perasan sebab dia pun tak hingin kat i, eh tapi dia tanya apa perasaan i kat dia malam tu huhu), i happy dapat borak dengan you. Memang you berjaya menceriakan malam raya i. Terima kasih ye sayang.

Haip! Biasa ni. Berani sungguh i panggil dia sayang!

Thursday, September 9, 2010

Bye Bye Bye

Selang beberapa hari lepas hari lahir papa, hari lahir bekas jejaka pujaan hati pulak. Takde niat pun nak ingat tapi sebab i ni bukan pelupa macam you oops sorry maka i pun ingat la nak ucap dekat you ye sayang. I bukan apa saja taknak bermusuh-musuhan lagi-lagi nak dekat raya ni. Maka i pun sejukkanlah hati sendiri lupakan yang lepas. Let bygone be bygone bak kata orang putih.

Apapun terima kasih untuk semua yang you pernah buat untuk i memang i hargai. I takkan pernah lupa you dengan kacaknya eh kacak ke, tiba-tiba muncul depan rumah bawak bunga ros pulak tu sehari lepas i balik dari PLKN. Masa tu muka i tengah hitam berkilat kalah Naomi Campbell pun you cakap tak apa sebab rindu nak datang jumpa juga. Hahah nak banding diri kau dengan supermodel tak boleh belah lah kau Natrah.

I juga takkan lupa you tambah nilai prabayar telefon i sebulan dua kali. Paling banyak masa i kat kolej matrikulasi dulu. Dah lah masa tu macam haram nak dapat prabayar 10 ringgit. Memang 3o ringgit la jawabnya. Bergayut tak ingat dunia kalah monyet dekat zoo negara. Takpe you kata tak kesah berbelanja untuk i sebab sayang. Memang terima kasih lah ye atas budi baik tu sebab i sempat telefon jejaka lain oh no no pikir lain lah tu. Papa adik lelaki sepupu lelaki i okay.

Terima kasih juga sebab penah tolong Jiha masa dia ada masalah dengan samseng jalanan mana tah dekat sekolah asrama dia dulu. Untung ada you lepas budak tu kena sound sikit dengan samseng bandar eh i main-main je dengan you terus dia dah tak kacau adik i lagi.

I ingat lagi masa kita tengah jalan-jalan kat Mid Valley, ada pameran pasal kawin-kawin. I punya lah teruja bila ada perempuan ni pegang paper bag yang super duper comel warna apa entah tulis Will You Marry Me. Paper bag je pun kan tapi kalau dah comel tu comel jugak. Perasaan pegang beg tu sama macam kau dapat pegang Coach LV Gucci oh la la. You nampak muka teruja i terus tarik i pergi dekat amoi cantik manis pakai baju seksi tu.

"Miss, can i have this super duper cute bag for my girlfriend?"

I was like "Huh?"

She replied "Oh i'm so sorry i cant just simply give the bag to you"

"Please, i'm begging you". He didn't give up.

Hoi kenapa mengada ni ada dialog omputih. Oh mungkin sebab bekas jejaka pujaan kalau cakap omputih memang berabuk kalah mat sallah.

Maka wajib lah i cair macam aiskrim vanilla kegemaran i yang dimakan lambat-lambat bila you bersungguh-sungguh macam tu. Macam mana perasaan Lee Chong Wei yang dapat kalahkan Lin Dan macam tu jugak lah perasaan bangga i dapat pegang beg comel yang diusahakan oleh you tu.

Ok dah habis sesi mengenang jasa. Cukup lima tahun sambut ulangtahun kelahiran you. Lega tiada yang ke enam. Apapun selamat hari jadi i doakan you bahagia selalu.

Wednesday, September 8, 2010

Nicolas Bianchi


Rindu sungguh kat beliau. Maka haruslah buat satu entri khusus untuk si kacak pujaan hati. Dah lama sangat tak jumpa. Jejaka Perancis kacak dan ganteng bak kata bibik. Jejaka yang menyebabkan rakan-rakan i berlari tercungap-cungap sebab taknak jadi yang paling akhir masuk kelas. Masuk kelas lambat memang saja nak cari nahas. Tapi sebenarnya semua rakan boleh bersorak dan tidur lena setiap malam sebab memang muka i yang paling lambat masuk kelas setiap pagi. Entah kenapa nak berlari-lari lagi bila ada i sebagai rakan sekuliah. Patutnya korang rasa bersyukur dan berterima kasih dekat i sebab muka i je yang sering kena denda. Huhu.
...
Naturally fractured reservoirs: characterization and modelling. Memang tak lupa lah nama subjek yang dia ajar. Mula-mula memang menyampah gila tajuk panjang entah apa pulak nak belajar kali ni. Huh ! tapi si kacak memang hebat. Sangat hebat sebenarnya. Dia berjaya buat i, Tay, Elena, Dayang, Yus, Hock, Yani, Farhana tak tidur lena hampir setiap malam. Serius tak tipu woh. Sumpah tiap-tiap malam selak nota. Nota dah macam apa highlight sana sini color pelangi konon senang masuk dalam otak. Sebab tiap pagi akan ada sesi merecap apa yang dah belajar semalam. Kalau kau tak dapat bagi balik ilmu sebijik macam yang si kacak dah bagi alamatlah kau akan berdiri kat depan kelas sampai kaki kau kebas kejang semua. Paling tak tahan bila muka beliau yang semulajadi putih suci tu jadi kemerahan macam daging kena salai bila pelajar tak dapat recap dengan cemerlang. Tapi dimata i beliau semakin kacak bila buat muka marah dan kemerahan macam tu. aww!
...
I paling kagum dengan beliau bila tiap hari pakai baju warna sama. Sumpah i tak tipu. Omaigod biru pulak tu. Memang ditakdirkan sehati sejiwa ke apa ni. Tak sangka sang jejaka pun ada tabiat macam ni. Boleh pakai baju warna sama setiap hari semata-mata sebab warna tu paling dicintai. Maka setiap hari juga i sedaya upaya pakai baju biru supaya sama dengan beliau. Well tak susah sebab baju i memang banyak warna biru. Teeheehee.


Warna baju sama. Pejam mata pun sama. Memang sehati sejiwa.

Jujur i cakap yang gambar beliau terpampang di mana-mana. Beliau jadi kertasdinding lappy handphone semua. Konon nak motivate diri bila on lappy rasa macam si kacak teman i menelaah. Bekas teman lelaki dulu pun tak pernah ada peluang nak jadi kertasdinding masa i konon-konon cinta kat dia. Hahah kejam sungguh. Tapi memang terima kasih tak terhingga kat abang i yang baik hati si kacak Tay Guan Chuan sebab sudi layan kerenah i tangkap gambar beliau masa tengah kuliah. Tay, i love you forever for those sweet and memorable pictures!
...
Ada satu kenangan ni memang tak boleh blah. I takkan lupa sampai bila bila. Masa tu tengah rehat sekejap utk refreshment. Maka i dan rakan- rakan sekelas berlari ke bilik komputer yang ada kat sebelah kelas. Masa tu tengah gila berladang secara maya. Game Farmtown kat Facebook. Masa rehat tu i pun cepat-cepat lah masuk dalam ladang dan berkira kira nak upah rakan-rakan untuk tuai tanaman yang dah masak. Ada pisang mangga rambutan durian semua. Eh eh tipu mana ada buah buahan tropika. Ok dah bukan nak merepek pasal ladang kat sini. Tengah i sibuk berladang tiba-tiba perut i berdondang sayang mintak makanan. Maka i tinggalkan sekejap komputer sebab nak ambil makanan isi perut. Lepas tu i datang balik kat bilik komputer. Jantung i masa tu dah dup dap dup dap rasa macam ada yang tak kena. OMAIGOD OMAIGOD! Ok fine si kacak ada depan komputer i tengok dengan mata terbuntang ke apa sebab i deco tanaman i dengan nama dia. Pokok anggur i tanam ikut nama si kacak ye tuan tuan puan puan. Nama ladang pun i bubuh nama dia. Bianchi's Farm. Oh tuhan je yang tahu masa tu apa perasaan i. Malunya. Sungguh. I rasa sangat malu. 'Hey Natrah what a nice farm. Bianchi huh?'. Dah tu je ayat yang i ingat sebab darah dah naik laju kat muka dan tak tau nak sorok kat mana. Lepas tu memang padan muka lah kan sebab dalam kuliah memang dah tak mampu nak tenung dia macam yang i selalu buat setiap hari. PADAN MUKA!

Gambar cinta Bianchi 1

Gambar cinta Bianchi 2




Monday, September 6, 2010

Nana Sayang Papa

I ingat lagi kecik kecik dulu memang degil sangat. selalu je merasa rotan tali pinggang penyangkut baju semua. memang patut pun. kalau tak mesti perangai dah tak macam orang sekarang ni. mesti dah jadi jahat mengalahkan setan. setakat lebam tu tak payah cakap la memang dah macam corak abstrak kat badan i rasa. memang berbintat bintat calar balar satu badan. i rasa masa tu kalau i pandai telefon teledera memang papa dah kena soal siasat kenapa rotan budak kecil comel baik mengalahkan malaikat macam i.
...
Papa selalu pesan "nana jangan main jauh jauh. main depan rumah je. masuk rumah sebelum hari gelap". i angguk angguk geleng geleng je bila papa pesan macam tu. memang masuk telinga kiri keluar telinga kanan. bila papa keluar rumah je terus i hooray tak ingat dunia. kalau boleh nak jerit kat telinga papa "ahhh tak kira nana nak pegi main jauh jauh jugak. depan rumah main mana seronok". PANGGGG! memang nak kena tampar pipi sendiri ke apa kalau berani cakap macam tu.
...
I ingat papa dulu selalu je check buku sekolah i. hampir setiap hari kot. mana tak senak perut setiap kali lepas mengaji. memang selalunya i mencanak canak cari buku latihan i lepas mengaji lepas tu isi apa yang patut. alah papa bukan perasan pun asalkan tempat kosong tu dah ada jawapan kira okeylah. memang terpaksa sedapkan hati sendiri. dulu dulu darjah tiga empat macam tu i mana ada lagi teman lelaki yang nak tolong sedapkan hati. hahah! gila ke apa memang papa i jadi mona fendi kerat i lapan belas kalau berani nak menggatal macam tu.
...
Paling mencuakkan bila ada sesi menghafal sifir. memang paling i tak suka. selalu je buat buat demam la sakit perut la semata mata taknak ada sesi soal jawab sifir dengan papa. pernah sekali tu i jolok tekak i biar muntah. maka sesi soal jawab dibatalkan. memang i love u lah papa. sampai macam tu sekali i benci sifir. well sesi sifir dengan encik jamil memang i benci la tapi kalau sesi sifir tu macam tengok rancangan along ada siti sifir pakai baju cantik siap mekap bagai memang i suka la kan.
...
Dalam tujuh orang adik beradik, nama i sorang je yang papa kasi. yang lain lain semua mama atok nenek mak sedara yang kasi. memang terharu gila papa sayang i lebih woh. haha perasan. semua orang tau sejarah nama i. bukan sebab kes natrah anak belanda yang orang melayu bela tu. tapi sebab adik angkat papa yang pandai gila tak hengat yang membanggakan satu kampung maka papa pun nak bagi nama i natrah juga. dia niat bagi nama sama biar i bijak pandai sama macam adik angkat dia tu. ohh sungguh i terharu. papa i love you!
...
Tak sabar nak balik peluk cium papa.
...
Selamat hari jadi ke lima puluh empat PAPA!
Nana sayang papa sangat sangat!
Terima kasih untuk rotan, nama, marah, sayang yang papa kasi.
Mmuahh!

Buku

Sangat banyak yang terbuku dalam hati sekarang. sangat banyak yang perlu dicoretkan. ada suka. ada duka. terlalu banyak sehinggakan kalau i tak tido selama tujuh puluh tujuh tahun pun belum tentu habis mencoret isi hati. sebut tujuh puluh tujuh tahun terus i teringat penah suruh lomak kumpul tujuh puluh tujuh ribu ringgit malaysia dan masuk meminang. adoi dah lah tak tau memasak lepas tu ada hati mahu suruh orang mengerah tenaga kumpul tujuh puluh tujuh ribu ringgit malaysia masuk meminang. belum tentu ada yang nak walaupun you kasi harga tujuh puluh tujuh ribu rupiah lah natrah. fuh! nasib baik cepat sedar diri. apa apa pun i tetap nak ada banyak angka tujuh untuk duit hantaran sebab tujuh adalah angka yang paling i cinta.
...
Cerita pasal apa yang terbuku dalam hati membuatkan i teringat dunia buku yang dah lama i tinggalkan. dunia buku yang selama ni sama ada terpaksa atau tidak, memang ada dekat dengan i. sama ada sebab exam dah nak dekat, ataupun sebab tugasan yang melampau sukar oleh pensyarah, atau sebab sebab lain yang oh-buku-please-"come"-to-me-bebeh tapi sekurang-kurangnya buku ada berkeliaran dekat dekat dengan i. sesungguhnya amat merindui perasaan terpaksa buka buku sebab esok ada exam. sumpah tak tipu.
...
Buku yang selalu i buka sekarang hanyalah mukabuku. sungguh tak senonoh sebab buku yang satu ini belum pernah ada perasaan terpaksa bila mahu buka. oh perasaan terpaksa tolonglah datang segera!

Wednesday, September 1, 2010

Azam

Tak boleh belah entri baru i tulis pasal azam. tapi peduli apa kan ? takkan la satu hari bulan satu je baru boleh ada azam baru ? betul tak ? satu hari bulan sembilan pun boleh buat azam.
...
I pelik bila i beritahu pasal azam baru kat seseorang ni dan dia buat muka terkejut mengalahkan beruk. memang mentaliti seorang insan yang i rasa terbatas dengan apa yang dihidangkan di dalam kotak sahaja. hahah! maaf la ye cuma i kurang bersetuju dengan you kali ni.
...
Oleh sebab penat bertekak maka wajib i tulis salah satu azam i iaitu tak mahu bercakap benda benda yang menjana minda lagi dengan you sebab ini bukan kali pertama. benda yang i boleh cakap dengan you lepas ni hanya tentang you suka makan apa. sekian.

Tuesday, July 27, 2010

Lim kok wing girls

Semalam i berpuasa bukan puasa sunat ye tapi puasa ganti oh teruk betul saat akhir baru mahu ganti. maka i minta riko si supervisor yang selalu mengendeng kat i tu suruh kru di dapur buat staff meal untuk i dengan aida. ada dua gadis indonesia yang comel terdengar permintaan i lalu mereka keluarkan ayat begini "eh kaget gue ngapain kamu puasa segala, emang udah mula puasa ya ? ".
..
Dua orang ini memang comel selalu tanya i soalan pelik pelik ketika bekerja.
..
Haha padan muka i sebab puasa saat akhir maka dua gadis ni ingat dah masuk bulan puasa. maka i pun jawab "oh belum lagi bulan puasa tapi i memang rajin puasa sunat isnin khamis rejab syaaban semua". ok tipu i tak cakap macam tu.
..
Mesti i akan rindu angela dengan silvie lepas ni. tak sempat kenal candy lama tapi tetap nak cakap dia tinggi cantik rambut pun lawa hee. kalau pergi cyberjaya bila bila haruslah i roger gadis gadis indonesia yang menawan ini.

Saturday, July 24, 2010

Rasa pada jam dua empat puluh lima pagi

Sumpah sakit. rasa sangat amat sakit.

Tapi haruslah i jadi palsu hipokrit bermuka muka semua. haruslah buat buat tabah dan gembira bila tahu apa yang dia beritahu. kalau boleh buat pilihan memang i pilih tak mahu tahu langsung pasal apa yang dia cakap tu. kenapa dia perlu kongsi semua dengan i. kenapa tak boleh simpan sikit supaya i rasa tenang.

Dia nampak gembira bila dia sampaikan berita tu. sepatutnya i tumpang gembira dan rasa senang untuk dia tapi entah kenapa rasa sakit yang ada. oh hati kenapa perlu rasa yang tidak tidak.

Lepas ni i harus ok tak bukan harus tapi wajib neutralkan balik apa yang i rasa. walaupun dah banyak kali berjanji mahu meneutralkan hati tapi masih tak buat buat lagi sampai sekarang. maka kali ni i haruslah lebih gigih berusaha. tu lah suka sangat tangguh tangguh kerja. suka buat kerja di saat saat akhir. haa kan dah susah.

Apa yang i rasa sekarang i akan simpan dalam dalam. dia tak perlu tahu. itu yang terbaik. dah i nak pergi tenangkan hati. daaaa.

Monday, July 19, 2010

Perempuan lelaki boleh jadi kawan baik juga

Laju je tangan i nak taip ni. memang best dapat mengata mengumpat mengutuk orang especially kawan sendiri. lagi best bila i mengumpat ni memang takde tapis tapis. tulis semua yang i rasa pasal kawan i ni. yeah kawan yang i kenal tak lama sangat tapi macam dah kenal sejak dari bangku meja sekolah. well mungkin sebab dia ni jenis peramah banyak mulut banyak cakap punya orang. lagi satu dia ni ada sifat perasan yang sukar dibendung. hahah. suka perasan! selalu tanya i kenapa orang suka kawan dengan dia. perkataan orang tu sila juruskan kepada para gadis ye tuan tuan puan puan. hahah. annoying sungguh pertanyaan itu. nasib baik u kawan i. kalau tak wajib i buat muka jelir lidah. nasib baik lagi sekali kat sini takde emoticon kalau tak dah lama i kelik kelik kelik dan kelik lagi.
...
Lepas tu nama nak market je. iliyas sudah. sedap jugak. ada ke patut senyum. tu bukan nama tapi tu kata kerja i rasa. eh jap kata sifat kot. ok i punya bahasa melayu dapat berapa la ni sampai tak tahu beza kata kerja kata sifat semua haha.
...
Benda paling kurang ajar sekali bila dulu dia penah tanya apa perasaan i kat dia. hoho. nasib baik masa tu secara maya. kalau depan depan mesti dah ada kesan lima jari kat pipi u ok sayang. perasan sungguh. nak tambah koleksi skandal ke apa ? hahah no way man. nak kelik jelir lidah lagi. aduh rasa nak marah sebab takde emoticon kat sini. apapun jawatan skandal tu biar orang lain yang amik ye.
...
Walaupun dia annoying tapi dia kawan yang i tak rasa pening loya bila bersama. yeah he's fun to be with. yang i suka sangat sebab dia ni tak penah nak cakap bahasa melayu yang macam i cakap. dia cakap bahasa melayu versi utara dengan semua makhluk kat muka bumi ni ok. sangat cool. dia juga kawan merepek yang best selain dari mai sarah aida min cici muna nani bai yana dan lain lain. maka i selalu gelak tak sopan bila dia buat lawak. ish tak senonoh sungguh memang mak mertua reject kalau nampak i gelak macam tu. mak mertua pujaan i ada sorang je pulak tu. hehe. lain la kalau dia gelak tak sopan berguling guling macam tu takpelah sebab bakal mak mertua ada banyak maka satu reject ada mak mertua yang lain beratur. hahah.
...
Lagi pasal dia ni kalau bab nyanyi memang tak best. kalau dia nyanyi hujan mesti sangat amat lebat kalah mr. froggy nyanyi. haruslah i pilih mr. froggy nyanyi dari kawan i ni sebab kalau cium boleh tukar jadi si kacak pujaan hati. ok dah dah i tipu dia ni nyanyi memang best.
...
Tapi yang paling tak senonoh pasal kawan i ni sebab dia tahu dua benda yang kalau jejaka buat memang mampu mencairkan hati i. hahah. memang i cabut mulut dia buat masak lemak cili api kalau dia berani bagi tau orang lain. nasib baik dia ni cuma pandai satu benda. lagi satu dia tidak pandai. kalau tidak haruslah i cair juga.
...
Ok dah habis untuk bab satu. nanti i buat bab dua. babai.

Sunday, July 18, 2010

Cik gadis sila doa

Jodoh memang urusan Allah. tapi kita sebagai manusia boleh berusaha. ye usaha untuk dapat yang terbaik. Allah tak kata perempuan yang kaya hanya untuk lelaki yang kaya. Allah juga tak kata perempuan yang bijak untuk lelaki yang bijak saja. tak juga perempuan yang cantik hanya untuk lelaki yang kacak. tapi dalam al-Quran Allah dah janjikan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. sangat adil kan.

" Perempuan yang keji adalah untuk lelaki yang keji, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik (dan sebaliknya) ..."
[an - nur : 26]

Semua orang ada impian yang sama. mahu yang baik. yang terbaik. i pun ada impian macam semua orang. mahu lelaki yang boleh jadi imam dan solat sama sama setiap hari dan setiap waktu kalau boleh. juga mahu lelaki yang boleh jaga dan sayang i walaupun kulit muka i dah tak licin dan berkedut kedut yang kalau letak segala krim semua dah tak jalan lagi. maka haruslah berusaha jadi perempuan yang baik. zaman sekarang bukan senang nak dapat yang baik apatah lagi yang terbaik. sekurang kurangnya yang terbaik untuk kita. sebab i penah dengar fadilah kamsah cakap dalam satu rancangan ni kat si pengacara cantik jelita sambil ketawa "saya adalah yang terbaik bagi isteri saya tapi mungkin saya bukanlah yang terbaik bagi awak walaupun masih ada kosong tiga" hahah nakal juga si jambang ni.
...
Spesies mereka ni bukan bersidai sidai macam kain jemuran kat laman rumah. bukan juga berlonggok longgok macam ikan kat pasar. yang paling dasyat sekali spesies mereka ni hampir pupus ye puan puan . eh puan puan tak perlu risau sebab dah ada sang suami yang baik dan sayang puan puan. cik gadis yang perlu risau dan buka mata. hahah. ok cik gadis termasuk cik nat haruslah selalu doa biar berjodoh dengan lelaki yang baik beriman yang dapat bimbing kita nanti. lelaki yang cakap macam ini " sayang nampak cantiklah harini pakai tudung yang abang belikan". awww! bukan lelaki yang cakap begini "sayang kalau rambut tu blonde lagi vogue bangga abang jalan dengan sayang". ish tak mau tak mau.
...
Sekali lagi cik gadis sila doa mintak mintak jodoh kita dengan lelaki yang baik yang akan jadi teman hidup dan insyaAllah teman kita di alam sana.
AMIN.

Sunday, July 11, 2010

Tiba-tiba

Ahh tak kira nak cakap jugak.
.sarah.sarah.sarah.
Gembira ada. cemburu ada. tapi gembira lebih besar dan banyak.
I am so happy for you my darling friend. i really am.
Jangan lupa perkataan sepersalinan itu ye *wink*

Tuesday, July 6, 2010

Kontrak hidup

Malam tadi kebetulan perut lapar sangat turun bawah pegi dapur nak makan. semua orang dah makan. sebab tak mahu makan sorang sorang kat dapur maka i pegi keruangan yang ada tv sebab mereka yang lain sedang menonton. tv9. halaqah.

Mula mula i langsung tak paham sebab tengok pun dah lambat. mungkin dah setengah jalan. tiba tiba salah seorang panel sebut pasal kontrak hidup dengan tuhan. oh rupanya kontrak hidup tu tajuk perbincangan. rasa tertarik sangat maka terus bulatkan mata dan pasang telinga.

Sebenarnya I rasa sangat tak layak nak kupas pasal tajuk ni. siapalah diri ini nak dibandingkan dengan panel panel yang bijak pandai tadi tu. cuma ingin berkongsi sikit ilmu yang i dapat tadi. kontrak hidup tu maknanya perjanjian yang kita dah buat dengan Allah. perjanjian tu kita buat kat alam roh. kita dah janji untuk ikut semua yang wajib dan tinggal semua yang haram. ya Allah terus rasa hina sangat diri ni. dah terlalu lalai leka dan terlalu banyak bersukaria.

Tiba tiba tersedar mungkin apa yang i lalui sekarang ni adalah reminder yang Allah bagi sebab dah terlalu banyak noda yang i conteng dalam diari hidup i. terlalu banyak warna hitam walaupun sebenarnya warna yang i cinta adalah warna biru. ish sempat mengarut. lepas ni terus berazam nak banyakkan warna biru dalam diari i. haip biasa betul budak ni main main lagi pasal benda serius.
Bila ingat ingat balik memang terlalu banyak i berseronok dalam hidup ni. memang tak seimbang langsung aktiviti dunia dengan aktiviti untuk kehidupan i lepas mati nanti. terlalu banyak gelak jerit ketawa suka suka. kejap kejap pegi tengok movie. kejap kejap pegi nyanyi nyanyi. ni list movie dah beratur tunggu i datang tengok. knight and day. back up plan. eclipse. salt. semua ada pelakon kesukaan. hishhhh!
..
I rasa kena buat simple math lah. i mungkin tak pandai lagi nak kurangkan segala aktiviti dunia kenapa tidak i tambahkan aktiviti untuk saham akhirat i. wallahualam.

Monday, July 5, 2010

Penangan kata-kata mama

Kopipes dari belog lama yang dah lupa email apa dan kata laluan apa. haih!
...
Minggu lepas balik rumah lagi satu. jumpa mama kandung. sangat teruja. serius sangat teruja. paling best bila dapat makan masakan yang mama masak. entah kenapa sangat sedap. ada masak lemak telur itik. ada sambal tumis terung. ada ikan goreng kerisi. eh cop! ye ke ikan kerisi ? haha ye kot. haaa ada jugak sambal belacan.
...
Mama masak sangat simple. dia campak campak je semua benda dalam kuali lepas tu tadaaa dah siap. wah sebut tadaaa! memang senang ke apa natrah? memang la kena geleng kepala sebab i memang tak tau masak. masa tengah sebok campak entah apa kat dalam kuali tu mama sempat cakap "nana kena tau masak kalau tak nanti kawin macam mana.. perempuan belajar tinggi mana pun tapi kalau tak tau masak memang la out"
...
yess mama sebut o.u.t. out! terkesima sekejap -__-
...
Lepas kena penangan o.u.t yang mama cakap tu sekarang i terus berazam nak belajar masak. terus je belayar mencari resipi. sebut belayar nampak macam hebat je kan. haha. melayari internet untuk cari resipi.. benda pertama yang aku cari mesti la resipi lasagna. wah! banyaknya yang keluar. berderet-deret sampai rasa nak pitam sebab pening pikir resipi mana yang kalau i masak kalau teman lelaki rasa je dia terus nak ajak i kawin. yess yess tu la dia. sila gelak kuat kuat.

Thursday, July 1, 2010

Wasiat

Ouch! eh macam tu ke? tak tak tak! macam mana nak buat bunyi yang melampau lampau sakitnya ? Ouchhhhhhhh! Ahh dah letak banyak h pun tak sama macam sakit yang i rasa semalam!

Rasa yang macam nak mati. sangat sakit. benci betul lah senggugut. i berguling guling macam tenggiling semalaman. boleh bayangkan tak ? atau kamu tak kenal tenggiling ? ish saja nak buat i marah kan ? kejap i pegi google untuk you all. nah !


tenggiling sihat

tenggiling diserang senggugut

Satu badan sengal. rasa macam nak tanggalkan kaki peha lutut semua dari badan. serius rasa nak buat macam tu kalau boleh. perut pulak macam kena siat cincang lumat buat masak sup. seksanya tuhan je yang tau. macam ni ke mama rasa masa nak lahirkan i dengan adik adik dulu. ahh insafnya. ni baru kena sesungut. eh senggugut. sakit nak bersalin mesti lagi ngeri. i terus text mama cakap i love you.

Masa meraung menahan kesakitan melampau tahap dewa terus teringat nak wasiatkan harta benda kat mama papa adik adik semua. terbayang wawa jiha berebut vaio i. terbayang lagi e.e ajib mimi berebut mp4 sony i. ish senonoh betul mereka ni. tak sayang i ke apa. tapi rasanya i tak penah nampak kat muka depan berita harian kosmo metro the star new strait times semua ada orang mati sebab senggugut. fuh nasib baik ! selamat vaio mp4 videocam i. teeheehee.

Terima kasih

sangat suka. siap melompat lompat. fuh nasib baik perasaan masih terkawal. i melompat lompat dengan gembira. dalam hati. kalau i melompat depan dia mesti dia terus reject i huhu. eh cop cop kalau i melompat dia reject maka i harus juga reject dia. i penah nampak dia jalan sambil garu garu kepala semua tapi tak juga reject. mata i nampak comel je. haha.
kalau orang tu kita tak berkenan dia bagi hadiah besar mahal berjenama semua tetap tak layan betul tak ? tapi kalau orang tu kita suka dia bagi apapun memang melompat si katak lompat. kecil tak mahal tak berjenama pun takpe. yang penting ingatan dia kat kita. wah ingatan. well walaupun mungkin dia beli banyak dan terlebih so dia bagi kat i tapi i still suka. haha.

Sunday, June 27, 2010

Rasa

entah apa yang merasuk dalam hati. tak tenang. langsung tidak. mungkin nampak dia senyum baru i tenang. oh natrah please lah!

Friday, May 7, 2010

Gila

Gila tu apa ? macam mana baru boleh cakap ini gila itu gila ?
kalau pegi satu tempat yang jauh sangat sangat dari rumah kena naik bas lagi sorang sorang semata mata nak teman kawan yang i rasa senang hati bila jumpa tu kira gila tak ?
eh kejap macam banyak je perkataan kena taip dua kali. haih!
aaa
Lepas tu pegi dekat restoran yang beroperasi 24 jam semata mata nak lepak sampai pagi konon konon nak teman kawan yang i rasa senang hati buat keje tu kira gila tak ?
aaa
ok fine kalau kamu cakap tu gila.

Wednesday, May 5, 2010

Unexpected text

"I nak ajak you pegi mandi air terjun..."
aaa
Weh, you ada enam tahun kot untuk ajak i pegi mandi air terjun tapi you tak penah ajak pun. masa tu kalau u ajak i pegi tiap tiap hari pun i mau ok. konon time tu you jump i jump..haha gila innocent. tapi kenapa baru sekarang ? sorry dear i must say that you are too late!

Entah

.comel.comel.comel.

cakap comel tiga kali kat diri sendiri baru kurang sikit rasa marah.entah kenapa lately i rasa macam dah nyanyuk sikit.kali ni memang sangat sangat tak boleh dimaafkan sebab dah lupa kata laluan dan mel elektronik untuk log masuk belog sendiri.

aduhai natrah apa yang u ingat hah ? i rasa pasti ada sesuatu yang dah ambik alih ruang yang sangat besar dalam kotak ingatan i sampai benda benda yang simple pun i boleh lupa.
*n: ok mulai harini i akan buat senaman minda haha.