Thursday, January 20, 2011

Lelaki sila lari jumpa perempuan begini

Tengah i sibuk membelek-belek blog si gadis cantik, Vivy Sofinas i terjumpa link ke satu laman web yang super cool. Nak tau kenapa i cakap super cool sebab dia cakap begini..
.
.
Make your handbag HAPPY. Find its matching wallet.
.
.
Padahal dah dari dua tiga minggu lepas i rasa nak beli wallet baru. I rasa wallet yang sekarang ni macam dah lama pakai dah ketinggalan zaman semualah. Pastu warna dia tak sepadan dengan bra oops maksud i dengan handbag yang i kendong ke hulu hilir sekarang. Tapi sebab i dah shopping gila-gila tak ingat dunia macam i ni kononnya anak saudagar kain sutera dan cucu tauke balak, maka i terus pujuk hati konon wallet sekarang masih cantik dan dalam kondisi yang bagus. PADAN MUKA KAU!
.
Inilah padahnya bila tempat kerja dengan tempat membeli belah adalah sama. Maksudnya tempat mencari duit dan tempat membuang duit adalah satu koordinat ye kawan-kawan. Memang sangat menyampah. Nak atau tak, terpaksa atau rela, memang balik kerja tetap akan pegang jugak beg-beg plastik takpun kalau beli yang mahal sikit tu dapat la beg-beg kertas yang berisi baju dan seluar baru. GRRR!
.
Tapi sebab disaat i menulis ni, i berada di tengah lautan yang sungguh mendamaikan cewah! Maka i terus bertekad dalam hati balik ke daratan ni i mesti pergi beli wallet baru. Kalau tak buat diri sendiri happy, sekurang-kurangnya i akan buat handbag i happy. Kan ?

Tuesday, January 18, 2011

Super relieving

"Kan kura-kura yang menang, arnab kalah. So don't worry."
.
Thanks dodot gendut sayang. Terus rasa macam takpe you kasi i pokai pun. ILYSM!
.
Terus rasa nak gigih berusaha. :)

Sunday, January 16, 2011

Buang tebiat

Senarai lagu-lagu yang i dengar berulang kali akhir-akhir ni. Nah!

1. Sayang sayang - Aliff Aziz
2. Lagu untukmu - Meet Uncle Hussain
3. Mimpi yang tak sudah - Ibnor Riza
4. Ai ai twist - P Ramlee

Iye i tau senarai lagu ni memang tak boleh blah. I berani pegi lamar jejaka kesukaan kalau ada yang tau especially lagu no. 4 tu. Sebab i tau maka i tepuk tangan kuat-kuat untuk diri sendiri wehee.

Tuesday, January 11, 2011

Lesson learnt

Lepas ni jangan pandai-pandai nak bergurau dah Natrah! Kau tak ada bakat langsung nak jadi penggurau pelawak pembadut semua tu. Kau tak cukup ilmu lagi. Sekarang sila sedar yang kalau kau letak diri kau dalam kasut kawan-kawan kau tu pun, kau akan rasa benda yang sama.

Wednesday, January 5, 2011

Gelato


"Hi aiskrim masam"
11:11:54 pm
.
.
.
Macam mana perasaan kalau bangun di pagi hari lepas tu dapat pesanan yang macam di atas ni ? Haih! I terus gonyoh-gonyoh mata baca dua tiga kali. Mula-mula rasa nak marah. Tapi tak jadi. I baca lagi sekali pesanan tu. Terus i gelak besar. WAKAKA!
.
Ni mesti kes tak puas hati i paksa beliau habiskan aiskrim masam tu. Hish dah sebulan baru nak balas dendam. Terus i teringat masa tu si pengirim pesanan buat muka kesian mintak simpati konon jangan paksa beliau habiskan aiskrim tu. Memang tak dapat la kan! Lepas tu buat muka comel pulak suruh i sama-sama habiskan. Tapi cubaan kedua pun gagal sebab beliau terlebih comel i rasa. I pun apa lagi terus laju-laju buat muka garang sambil cakap "Siapa pilih benda sedap tu dia kena la habiskan!"
.

Budak "baik"

.

Tapi sebab beliau budak "baik", tengah i syok makan aiskrim pilihan hati yang memang yummy tu beliau pegi gaul2 dengan aiskrim masam kepunyaan beliau. I tak sempat buat apa-apa untuk selamatkan aiskrim i. GRRR! Menyesal sungguh berkongsi bekas aiskrim dengan budak "baik".
.
Hoi! PENIPU punya orang. Menyesal berkongsi konon. Tampar kang tau la!
Sebenarnya kau nak cakap yang kau menyesal tak sudah bila pesanan 11:11:54 pm ni sampai masa kau tengah enak beradu kan . Betul tak Natrah ?? Haa ni baru betul mintak penampar namanya.

Tuesday, January 4, 2011

Undeniable

Potato LOVES Battery