Friday, August 19, 2011

Kau

Baru aku sedar hidup tanpa kau sesungguhnya membahagiakan. Amat membahagiakan sebenarnya. Kau suka bila aku tiada sama dengan aku suka bila kau tiada. Persamaan ini memang sudah betul. Tapi kalau ingin tepat lagi aku punya perasaan itu wajib dikuasainfinitikan. Kau belajar matematik kan. Aku rasa kau tahu infiniti tu apa. Tapi tak guna rasa marah dalam hati aku ni. Benda yang tuhan cipta dari api tu yang ketawa gembira. Aku tidak mahu itu. Maka aku doakan kebahagiaan kau. Aku doakan kau dapat apa yang kau sangat sangat mahukan selama ni kalau itu yang mampu membahagiakan kau. Jangan cari aku lagi sebab aku tak pernah perlukan kau dalam hidup aku. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang. Terima kasih ya Allah.

No comments:

Post a Comment