Thursday, January 20, 2011

Lelaki sila lari jumpa perempuan begini

Tengah i sibuk membelek-belek blog si gadis cantik, Vivy Sofinas i terjumpa link ke satu laman web yang super cool. Nak tau kenapa i cakap super cool sebab dia cakap begini..
.
.
Make your handbag HAPPY. Find its matching wallet.
.
.
Padahal dah dari dua tiga minggu lepas i rasa nak beli wallet baru. I rasa wallet yang sekarang ni macam dah lama pakai dah ketinggalan zaman semualah. Pastu warna dia tak sepadan dengan bra oops maksud i dengan handbag yang i kendong ke hulu hilir sekarang. Tapi sebab i dah shopping gila-gila tak ingat dunia macam i ni kononnya anak saudagar kain sutera dan cucu tauke balak, maka i terus pujuk hati konon wallet sekarang masih cantik dan dalam kondisi yang bagus. PADAN MUKA KAU!
.
Inilah padahnya bila tempat kerja dengan tempat membeli belah adalah sama. Maksudnya tempat mencari duit dan tempat membuang duit adalah satu koordinat ye kawan-kawan. Memang sangat menyampah. Nak atau tak, terpaksa atau rela, memang balik kerja tetap akan pegang jugak beg-beg plastik takpun kalau beli yang mahal sikit tu dapat la beg-beg kertas yang berisi baju dan seluar baru. GRRR!
.
Tapi sebab disaat i menulis ni, i berada di tengah lautan yang sungguh mendamaikan cewah! Maka i terus bertekad dalam hati balik ke daratan ni i mesti pergi beli wallet baru. Kalau tak buat diri sendiri happy, sekurang-kurangnya i akan buat handbag i happy. Kan ?

2 comments:

  1. alololo...saya amat faham situasi anda nat sebab saya juga kerana tempat membuang duit dan tempat mencari duit berdekatan..kuar je opis nampak subang parade & empire...;( sooo sad..

    ReplyDelete
  2. hahah mmg terbaik!
    berjimat nat. nnti nak kawen tade duit camne??
    hahahah mesti ko ase nak tampar aku kan?
    aku taw dah...

    ReplyDelete