Monday, October 4, 2010

Say NO to PIPE

Rasa gian sangat nak menulis tapi memang tak ada masa langsung. Benda alah PIPE ni lama sangat la. Banyak benda yang buat i tak sabar nak habis.
...
Satu sebab graduasi kali kedua dalam kehidupan dan mungkin yang terakhir sebab i tak rasa nak berpeluk cium dengan buku lagi. I mau peluk cium jejaka kesayangan sahaja lepas ni. Ok sila cepat kawin! Btw I sangat teruja sampaikan dah siap awal-awal beli baju lip lap lip lap untuk bergraduasi sebelum datang PIPE lagi.
...
Dua sebab i nak menulis dengan tenang macam dulu-dulu. I memang bukan penulis tahap dewa yang kalau tak dapat menulis tu boleh sampai demam tumbuh jerawat semua. Tapi jujur i cakap i dah mula rasa gian bila tak dapat mengomel kat sini.
...
Tiga sebab i rindu lepak-lepak. Melepak secara berleluasa ketika mengganggur memang seronok. Dah la ekonomi merudum tapi semangat bersukan eh semangat berjalan tu tetap ada. I mesti rindu semua tu nanti.
...
Empat nak tido atas katil sendiri. Dah rasa rindu amat sangat kat bantal busuk selimut busuk. Tak sama langsung dengan katil yang i dah tido 4 malam ni. Adoi bila mengenangkan i harus bagi katil ni membelai tubuh i lagi 10 malam memang amat merunsingkan.
...
Cepat la habis.

3 comments:

  1. maizatul macam rindu dekat natrah..
    :)

    ReplyDelete
  2. PIPE??
    paip air besi ka plastik??
    kesian tui

    ReplyDelete
  3. mai: natrah macam rindu jugak dekat maizatul. sila datang permata melawat ye :)

    senyum: PIPE tu petronas induction programme for executive lah gendut. sila kesian kat i huhu.

    ReplyDelete